PPSMI: Pandangan pelajar diambil kira
Filed Under Artikel, Blog, Keratan Akhbar · Tagged: etems, Keratan Akhbar, Matematik, math, PPSMI, Science, Utusan Online
KUALA TERENGGANU 20 Julai, UTUSAN ONLINE - Kementerian Pelajaran bersedia menerima pandangan dan teguran daripada pelbagai pihak termasuk pelajar dalam usaha memantap dan memperkemaskan Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pandangan mereka diterima sejajar dengan dasar keterbukaan kementerian itu.
“Pandangan pelajar matrikulasi dan tingkatan enam juga diambil kira kerana mereka mungkin mampu memberi idea yang bernas,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa bersarapan pagi dengan penduduk di Bukit Depu di sini hari ini.
Beliau mengulas rumusan awal Persidangan Meja Bulat mengenai PPSMI yang mendapati proses pengajaran mata pelajaran itu di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan berbanding sekolah di bandar.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan.
Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini.
Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.
Katanya, walaupun secara kasar impak pelaksanaan PPSMI setakat ini belum begitu ketara khususnya di luar bandar namun kesan positif sudah mulai kelihatan.
Jelas Razali, dalam usaha memantapkan PPSMI, kementerian sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan persidangan meja bulat berhubung isu-isu berbangkit.
Katanya, kementerian juga membentangkan 16 kajian mengenai PPSMI yang dilakukan bukan sahaja oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah kementerian pelajaran dan sektor swasta.
“Kita juga akan membentangkan hasil kajian akhir tahun ini untuk melihat keberkesanan program ini dan kita akan lihat sejauh mana kejayaan dan impaknya terhadap pelajar,
“Ini penting sebab kita harus ingat kesan atau impak PPSMI adalah besar membabitkan berjuta pelajar dan perbelanjaan yang mencecah RM5 bilion,” katanya.
Lagu Sifir 6 Sewaktu Minyak Naik Bersama Cikgu At
Filed Under Matematik & Muzik · Tagged: Bijak Sifir, Matematik, math, music, Muzik, Sifir, sifir 6, video
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Semalam saya mendapat email dari Cikgu At. Beliau menceritakan tentang projek yang sedang beliau usahakan. Memang menarik projek yang beliau sedang usahakan. Anda boleh melihat di channel Youtube beliau melalui pautan berikut http://youtube.com/user/cikguat.
Mari kita berhibur dengan salah satu hasil kerja Cikgu At.
Cikgu At boleh dihubungi di laman web beliau, CikguAt.com
Oks, sekian sahaja buat kali ini. Enjoy!
wassalam
p.s; Sedap juga suara Cikgu At ni. Boleh jadi artis
Tragedi hidup Sufiah- Antara EQ & IQ
Filed Under Isu Semasa · Tagged: EQ, IQ, Malaysia, Matematik, Oxford, Shilpa Lee, Sufiah
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Tersentuh juga rasa hati saya apabila membaca utusan online mengenai kehidupan Sufiah. Seorang gadis pintar suatu ketika dahulu.
Berikut adalah petikan dari utusan online;
LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.
Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.
Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.
Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’
“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.
Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.
Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.
Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun
Persoalan yang timbul kenapakah seorang genius yang mempunyai IQ yang tinggi boleh menjadi begini? Apakah kekuranganya? Sama-samalah kita fikirkan.
Wassalam





