Ke Arah KL Sifar Salah Laku!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

disiplin.jpg


Hari ini selesailah sudah satu lagi program penting sekolah. Program tersebut ialah Kursus Kepimpinan Murid. Dengan bertemakan Ke Arah KL Sifar Salah Laku, program ini dijalankan dengan jayanya.

Program yang bermula semalam diurus dengan baik oleh ketua guru disiplin Cikgu Safwan dengan bantuan Unit Kaunsling Sekolah.

Program ini disertai oleh 160 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas media dan pengawas SPBT.

budak2.jpg

Sebahagian murid yang terlibat.

Jika pada tahun-tahun lalu program ini diadakan diluar sekolah, pada tahun ini ia hanya diadakan di sekolah. Ini bertujuan memberi pengawa sekolah lebih pengalaman untuk mengelola disiplin sekolah dalam keadaan sebenar.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah motivasi, permainan dan latihan dalam kumpulan (LDK) .

Aktiviti diakhiri dengan ucapan ikrar yang diketuai oleh ketua murid sebelum ucapan penutup dan penyampaian hadiah oleh Puan Tay, Penolong Kanan HEM.

kamijanji.jpg

Kami janji!

Sekitar pukul 4.30 petang, program ini melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

tenaga.jpg

Sebahagian guru yang terlibat. TQ!

Itu sahaja untuk hari ini,
Sekian, wassalam.

Cikgu Farizal