Perhimpunan Pagi Untuk Apa?

Filed Under Blog · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Boleh dikatakan di semua sekolah setiap pagi Isnin atau Ahad diadakan perhimpuanan mingguan. Untuk apakah perhimpunan ini diadakan?

Perhimpuanan yang mengambil masa kurang dari setengah jam ini biasanya digunakan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid. Lagu Kebangsaan, ikrar dan doa adalah aktiviti wajib bagi sebuah perhimpunan.

Tetapi wajarkan sebuah perhimpunan begini digunakan untuk memarahi murid-murid?

Saya amat tidak bersetuju jika ayat-ayat negatif atau murid-murid dimarahi pada pagi ini. Kenapa?

Cuba anda bayangkan pagi ini adalah pagi pertama bagi minggu persekolahan. semangat yang dibawa dari rumah direntap mungkin hanya kesalahan hadir lewat atau tidak memakai tali leher.

Dua hari cuti, mood untuk belajar mungkin agak menurun bagi sesetengah murid. Semangat yang dibina pada malam hari untuk menempuhi seminggu yang mencabar, merubah diri dari murid bermasalah kepada murid yang baik mungkin terbang begitu sahaja bila dipagi hari pertama, herdikan yang diterima.

Maka seminggu yang dilalui menjadi muram durja.

Jadi wajarkan pagi pertama, kata-kata negatif digunakan dan apakah sesuai untuk dilakukan pada pagi ini?

wassalam

Mulakan Pagi Anda Dengan Ceria :)

Pendapat anda amat dialu-alukan