Madah Indah Penyelesai Masalah…

Filed Under Motivasi · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak kebelakangan ini hidup saya agak kucar-kacir. Banyak perancangan tidak berjalan seperti sepatutnya. Keadaan ini membuatkan saya agak kecewa. Syukur ada seorang teman meluangkan sedikit masa menjadi pendengar setia. Alhamdullillah, satu sms yang dikirimnya, menenangkan jiwa yang gusar, menyedarkan hakikat siapalah kita.

Teman saya ni, dulu agak rajin menghantar sms islamik motivasi dan peringatan kepada saya, cuma kini mungkin sibuk gamaknya, tiada lagi sms untuk saya :(

Ok hari ini saya ingin kongsikan sms yang dikirim kepada saya.

Perjalanan hidup tak semudah yang kita jangkakan

Kita sering mengatakan begitu dan begini

Kita menganggap ia semudah itu dan ini

Kita mengira keputusanya semudah sifir matematik sebagai mana kita pelajari

Kita mengharap segalanya berjalan seperti yang dirancang

Namun hakikatnya….

Hanya DIA yang tahu jalan yang bagaimana terbaik untuk kita

Hanya DIA yang tahu…

Kita merancang, Allah merancang

Namun hakikatnya ALLAH lah sebaik-baik perancang

Sekian wassalam..

Email Pilihan – Tips Motivasi Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pagi ini saya ingin kongsikan dengan anda satu email yang diforwardkan ke mail box saya oleh seorang teman.

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :- [Read more]

Ujian & Dugaan – Sejauh Mana Kita Bersedia?

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Ok Class, today we have a test.

“Alah Sir, We are not ready. You should tell us earlier”

Ok.. Ejoy the song from Native Deen. TQ,

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Perhimpunan Pagi Untuk Apa?

Filed Under Blog · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Boleh dikatakan di semua sekolah setiap pagi Isnin atau Ahad diadakan perhimpuanan mingguan. Untuk apakah perhimpunan ini diadakan?

Perhimpuanan yang mengambil masa kurang dari setengah jam ini biasanya digunakan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid. Lagu Kebangsaan, ikrar dan doa adalah aktiviti wajib bagi sebuah perhimpunan.

Tetapi wajarkan sebuah perhimpunan begini digunakan untuk memarahi murid-murid?

Saya amat tidak bersetuju jika ayat-ayat negatif atau murid-murid dimarahi pada pagi ini. Kenapa?

Cuba anda bayangkan pagi ini adalah pagi pertama bagi minggu persekolahan. semangat yang dibawa dari rumah direntap mungkin hanya kesalahan hadir lewat atau tidak memakai tali leher.

Dua hari cuti, mood untuk belajar mungkin agak menurun bagi sesetengah murid. Semangat yang dibina pada malam hari untuk menempuhi seminggu yang mencabar, merubah diri dari murid bermasalah kepada murid yang baik mungkin terbang begitu sahaja bila dipagi hari pertama, herdikan yang diterima.

Maka seminggu yang dilalui menjadi muram durja.

Jadi wajarkan pagi pertama, kata-kata negatif digunakan dan apakah sesuai untuk dilakukan pada pagi ini?

wassalam

Mulakan Pagi Anda Dengan Ceria :)

Pendapat anda amat dialu-alukan

Aku Tak Nak Miskin – Manifesto Melayu Untuk Merdeka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudah lama saya tidak membuat ulasan buku di blog ini. Malam ini dalam ruangan buku pilihan, saya ingin membuat ulasan mengenai sebuah buku yang bukan buku pendidikan. Buku tersebut ialah Aku Tak Nak Miskin – manifesto Melayu Untuk Merdeka.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai buku ini. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari buku tulisan Dato’ Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Li.

Buku ini mengandungi lebih 208 muka surat yang sarat dengan isi yang dikupas seolah sebuah novel. Buku ini dipecahkan kepada 11 bab dan terdapat lakaran kartun-kartun yang menarik dan penuh makna.

Saya mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk habis membaca buku tulisan pengarang best seller ini. Selain dari buku ini Chef Li juga telah menulis beberapa buah buku antaranya Menjejaki Jutawan Senyap.

Sewaktu mula membaca buku ini, menyebabkan saya ingin berhenti dari menjadi guru. Kenapa? Buku ini banyak memberi motivasi supaya kita menjadi peniaga. Biar sendikit tetapi kita punya dan kita yang menjadi bos :)

Tetapi setelah selesai membaca buku ini, saya yakin kerja guru adalah kerjaya yang tepat bagi saya kerana dengan terus menjadi seorang guru banyak masalah diutarakan dalam buku ini dapat diselesaikan.

Buku ini menghurai masalah utama bangsa melayu yang lebih suka makan gaji dari bekerja sendiri dan juga takut untuk memulakan sesuatu perniagaan. Biasanya kita tunggu sehingga persedian kita benar-benar rapi sebelum berani memulakan sesuatu. Kita juga sering memikirkan apa orang kata sebelum kita melakukan sesuatu.

Buat Saja lah! Dalam bab 6 yang dimulai dari muka surat 101. Chef Li mengajar kita melakukan sesuatu dengan ilmu kita, kita tidak perlu terlalu memikirkan cakap-cakap orang dalam melakukan sesuatu asalkan kita tahu apa yang kita lakukan adalah benar.

Jika kita tidak mulakan sesuatu maka kita tidak tahu setakat mana kemampuan kita. Buat dahulu apa yang kita yakin betul dan baiki dari masa ke semasa. Tumpukan pada satu-satu kerja hingga berjaya sebelum memulakan usaha yang lain.

Bagi saya buku ini wajib dibaca oleh semua golongan terutama guru dan ibubapa supaya kita dapat lihat apa yang perlu kita lakukan untuk anak kita supaya bangsa kita tidak terus melukut di tepi gantang.

sekian wassalam