Bunuh Diri - Bukan Satu Penyelesaian
Filed Under Dr Cinta · Tagged: bunuh diri, Cinta, Dr Cinta, Love, Motivasi, putus cinta
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Gambar : marsneedsguitars.com
Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang.
Sebentar tadi kira-kira pukul 10 malam, sedang saya melepak, sambil menonton movie Transfomer, tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat. Bunyi tersebut disusuli dengan jeritan yang agak kuat. “Ah, mungkin budak-budak rempit main-main kat bawah” terdetik di hati saya. Kedengaran agak bising di luar sana menyebabkan hati saya terdorong untuk ikut serta. saya pun keluarlah dengan kain pelikat.
“orang jatuh flat” kata seorang jiran.
Saya pun pergi menyertai mereka yang sedang berkerumun seorang lelaki yang terbaring. “Aduh sakit, tolong telefon ambulan”, jerit lelaki tersebut.
Saya pun terus naik kerumah dan mendail 999. Dan dihubungkan ke HKL.
Kira-kira 15 minit kemudian ambulan pun sampai.
Sewaktu menunggu ambulan sampai, kedengaran seorang wanita (mungkin sedara kekasih lelaki tersebut) berkata “Dah banyak kali dah mak cik kata, terimalah hakikat.” Bunyi seolah-olah menasihat seseorang yang baru putus cinta.
Saya bukan lah pakar dalam bab cintan-cintun ni. Tapi sebelum kahwin, rasanya lebih 10 kali putus cinta
Gurau jer. Kalau nak memahami mengenai cinta, tanyalah pada doktor cinta
atau baca ebook Seni Selamatkan Cinta- Selamatkan Cinta Dalam 7 Hari!
Perbuatan mencuba membunuh diri bukan suatu cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu tindakan dayus, yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita dan yang kita sedia maklum, membunuh diri tempatnya di neraka! Nauzubillah.
Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.
Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah anda pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan.
Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dan juga Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.
Sekian wassalam.
Cikgu Farizal
Masa Muda Sebelum…
Filed Under Motivasi, Nasihat · Tagged: demi masa, masa muda, Motivasi, muda, Nasihat, Pilihanraya, tua
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tidak sampai 5 hari lagi, pilihanraya ke-12 akan berlangsung.
Di saat ini pelbagai perang dilancarkan oleh parti-parti yang bertanding. Poster, bendera, kain rentang, banting memenuhi setiap pelusuk kampung, jalan raya menandakan perang poster sedang hebat berlangsung.
Tak kurang juga deruan enjin motorsikal mat-mat rempit motor memecah kesunyian malam bersama perarakan bendera parti-parti pilihan merek, menambahkan lagi kemeriahan pilihanraya ke-12 ini.
Selain perang poster, media-media cetak, media-media elektronik, blog-blog mencernakan perang saraf di alam cyber dan alam nyata.
Dikala ingin membuat penilaian, calon parti mana yang harus saya ‘pangkah’ 8 March nanti, blog-blog parti-parti yang bertanding saya layari. Melihat hujah, manifesto yang dibentangkan.
Dalam melayari, blog-blog tersebut, ada sesuatu yang benar-benar menginsafkan saya. Satu jenis perang yang saya tidak tahu namanya. Saya namakan ‘perang ungkit’.
‘Perang ungkit’ ? Ya, mungkin nama itu sesuai dengan ungkit-mengungkit yang dilakukan ke atas calon-calon yang bertanding. Habis kisah silam diungkit. Gambar-gambar kisah silam dipaparkan sebagai bukti.
Penulisan saya kali ini bukan ditujukan kepada mana-mana parti yang bertanding tetapi tujuannya adalah untuk mengambil ikhtibar dari apa yang sedang berlaku.
Bayangkan jika anda berusaha dengan kuat, berjaga hingga ke larut malam untuk memikirkan masalah rakyat dan menyebabkan anda tertidur sewaktu berkerja
dan setelah 20 tahun mengabdikan diri bersama parti yang anda sayangi dan pilihanraya kali ini adalah yang pertama bagi anda. Semua orang yakin yang anda akan menang dalam pilihanraya ini kerana kesungguhan dan komitednya anda dengan parti dan rakyat. Anda memang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat, tiba-tiba… suspen sikit
Dengan hanya sekeping gambar yang ditangkap sewaktu anda memengang tin minuman keras rakan anda sewaktu anda belajar di Over Sea, imej anda tercemar dan anda kecundang dalam pilihanraya. Hanya kerana itu
Jika anda mempunyai cita-cita yang besar, maka jaga masa muda anda, jangan terlalu mengikut darah muda kerana ia mungkin menjahamkan masa depan anda dikala anda hampir mengecap kejayaan.
Anda mungkin tiada cita-cita, tetapi ingatlah hidup kita bukan kita yang tentukan. Mungkin hari ini anda orang biasa, anak penoreh getah dan anda juga penoreh getah, tiba-tiba anda termenyertai sesuatu program, tidak sampai 2 tahun anda menjadi begitu terkenal dan menjadi jutawan. Tetapi…..
Ingatlah… Masa Muda Sebelum Tua,
Sekian wassalam..
Cikgu Farizal
Bawa Bekal, Malu la…
Filed Under Isu Semasa · Tagged: Bawa Bekal, Keracunan Makanan, Makanan Sihat, Motivasi, Pelajar Cemerlang, Sarapan Pagi, Sihat
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Semalam saya ada menulis mengenai kepenting sarapan pagi. Memang sarapan pagi merupakan sesuatu yang amat penting untuk permulaan hari yang baik bagi seoarang pelajar. Tidur awal, bangun awal, sarapan pagi insyaallah murid tersebut akan dapat belajar dengan baik
Ditambah dengan membawa bekal, lagi murid itu dapat belajar dengan baik. Tetapi ramai murid sekarang tidak suka membawa bekal dengan alasan malu, berat dan sebagainya. Ditambah pula ibubapa yang sibuk tidak dapat menyediakan bekalan makanan untuk murid.
Mari kita lihat pula kepentingan membawa bekalan makanan ke sekolah. Memang tidak dinafikan kantin sekolah ada menyediakan makanan yang mencukupi dan setiasa dipantau oleh guru-guru yang ditugaskan.
Guru-guru Ajk Kantin wajib memastikan tahap kebersihan kantin dan cara pengurusan stok kantin mengikut garis panduan yang diberikan seperti jarak beras dari lantai dan seumpamanya yang tidak didedahkan.
Walaupun pihak sekolah sentiasa memastikan kantin sekolah berada pada tahap terbaik untuk keselesaan murid, tertapi kadangkala peristiwa buruk seperti keracunan makanan tetap akan berlaku
Kadang-kadang keracunan ini bukan sahaja disebabkan oleh makan yang dibeli dari kantin tetapi juga makanan yang dibeli dari luar.
Membawa bekal merupakan satu penyelesaian yang baik bagi masalah keracunan makanan. Malah membawa bekal juga dapat menjimatkan masa murid. Ada sesetengah murid tidak makan kerana tidak sempat membeli makanan.
Cuba anda bayangkan sebuah sekolah yang berkapsiti 1000 orang murid. Waktu rehat biasanya dua sessi. Sessi tahap 1 dan sessi tahap 2. Jadi satu sessi dianggarkan 500 orang murid akan rehat.
Masa yang diperuntukan untuk rehat biasanya adalah antara 25 minit hingga 30 minit. Jarak dari kelas kekantin kadangkala mengambil masa sehingga 5 minit perjalanan. Jadi jika waktu rehat adalah 30 minit, masa untuk murid rehat tinggal 20 minit jika ditolak dengan masa perlajalanan pergi balik ke kelas. Dalam masa 20 minit ini, murid-murid terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan makanan, biasanya seseorang murid mengambil masa 1 hingga 3 minit untuk membeli makanan dan minuman. Jadi murid hanya tinggal 18 minit untuk makan.
Memang masa ini sudah mencukupi untuk murid makan tetapi cuba fikir pula tentang murid ke-500. Dan murid tersebut adalah anak anda!
Jadi membawa bekal bukan sahaja menjamin anak anda dapat makanan yang sihat dan berkhasiat malah ia dapat menjimatkan masanya. Jadi dia tidak perlu terburu-buru untuk mendapatkan makanan di kantin. Dan baki masa yang ada boleh digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti ke perpustakaan dan ke bilik access.
Fikir-fikirkan lah…
Sekian wassalam
Cikgu Farizal





