Aku, Catur & Dot Dot Dot
Filed Under Blog · Tagged: Bangsar, Catur, Chess, MSSKL, Pengalaman, Pertandingan Catur, Sekolah Rendah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya mula mengenali catur.
Catur lambang kebijaksanaan dan individu yang mahir bermain catur merupakan individu yang bijak. Saya mula mengenali permainan ini sejak di sekolah rendah lagi. Waktu itu saya melihat abang saya bermain dengan kawan sekolahnya. Walau pun tak faham saya tengok juga dan bertanya bagaimana cara untuk mengerakan buah-buah catur. Selepas sahaja abang saya habis bermain catur, kawan saya yang kebetulan adik kawan abang saya mengajak saya bermain (dua-dua orang tak tahu main catur
). Kami pun bermain. Di akhir pemainan hanya tinggal dua-dua “king” sahaja. Macam mana nak menang ni?
Ketika di sekolah rendah saya tidak berpeluang bermain catur dan saya hanya mewakili sekolah dalam pertandingan dam sahaja. Ok lah banyak teknik yang diajar oleh Cikgu Hassan kepada saya tentang dam. Kira power la juga saya main dam aji kat sekolah
Di sekolah menengah saya, ada seoraong kawan yang mewakili negeri Kedah dalam permainan catur. Dia dan saya merupakan “musuh ketat” untuk pelajaran matematik. Dia merupakan wakil budak asrama dan saya wakil budak luar untuk matematik. Kehebatannya dalam catur mengecilkan lagi diri saya daripadanya
Selepas tamat PMR saya mendapat panggilan [Read more]
Pertanding Catur MSSMKL 2008
Filed Under Catur · Tagged: Bangsar, Catur, Chess, MSSKL, MSSKL 2008, Pertandingan Catur, Sekolah Rendah
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini mesyuarat @ taklimat pertandingan catur peringkat Zon Bangsar bagi sekolah rendah diadakan di SK Seri Indah.
Penat juga saya mencari sekolah tersebut kerana ini kali pertama saya ke sana. Berkat panduan yang diberikan oleh cikgu-cikgu sekolah saya hanya tersasar sedikit sahaja iaitu ke SK Seri Mega.
Masalah yang saya hadapi adalah kerana lambat dapat surat dan surat tersebut tiada alamat penuh sekolah. Jadi terpaksalah saya ke sekolah dahulu untuk mengambil alamat penuh. Surat tersebut saya ambil semalam di sekolah semalam. Syukurlah selepas siapkan padang semalam Penolong Kanan 1 datang ke sekolah, jadi dapatlah saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil surat tersebut
Tahun lepas seorang murid saya layak ke peringkat negeri. Malangnya murid tersebut telah pun ke sekolah menengah
. Saya berharap tahun ini, murid-murid tahun 2 yang saya telah bawa pada tahun lalu dapat menyerlah untuk kategori bawah 10 tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan catur MSSMKL 2008 sila layar blog mereka di MSSMKL.BlogSpot.com
Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan adalah pada 30 Januari 2008 iaitu pada hari rabu.
Sekian, wassalam
Cikgu Farizal




on
on 

