Assalamualalaikum & salam sejahtera…

Terima kasih kepada Dr Boulevard Gumbo atas cadangan beliau di ruangan tanya@cikgufarizal dot com. Beliau mencadangan agar saya membuka blog Cikgu Farizal Dot Com untuk penulis jemputan. Cadangan tersebut memanglah sesuatu yang baik. Tetapi saya fikir segan lah pula untuk meminta orang lain tolong menglamourkan blog peribadi saya :oops:

Jadi setelah berfikir adalah lebih baik saya membina sebuah blog saya bukan bersifat peribadi dan juga bukan bersifat keuntungan. Supaya kita sama-sama dapat menyumbangkan ilmu idea dan pengalaman dalam mendidik generasi depan.

Saya memilih domain JOMDiDiK.COM dengan tema “Bersama Mendidik Generasi Depan” untuk blog tersebut. Insyallah dalam bulan depan saya akan membina blog tersebut. Konsep blog ini adalah seperti surat khabar online. Anda boleh menulis apa sahaja disini berkaitan dengan dunia pendidikan termasuklah menulis mengenai aktiviti sekolah anda.

Dengan saya berharap agar sudi kiranya anda semua menyumbangkan idea untuk saya. Sila cadangkan kategori yang sesuai untuk blog tersebut. Cadangan boleh dibuat dalam ruangan komen dibawah.

Bagi yang berminat untuk menjadi penulis bebas di blog tersebut daftarkan diri anda dengan mengisi borang dibawah. Saya akan memaklumkan perkembangan blog tersebut melalui email yang diberikan.

Email Anda:
Nama Anda:

Kerjasama anda didahulu dengan ucapan jutaan terima kasihSekian wassalam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

picture: libizblog.wordpress.com

Anda mempunyai persoalan yang ingin dikemukakan kepada Cikgu Farizal? Atau anda mempunyai kemusykilan yang ingin dikongsi bersama di Blog Cikgu Cikgu Farizal Dot Com?

Usah lagi tinggalkan soalan anda di ruangan pesanan ringkas atau diruangan komen yang tiada kaitan dengan persoalan anda.

Saya telah menyediakan satu borang khas untuk anda bertanyakan saya apa jua soalan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Insyaallah saya akan memperuntukan masa hujung minggu saya untuk menjawab soalan-soalan anda. Borang tersebut boleh didapati di muka surat pertanyaan.

Sekian wassalam

PS: Selepas anda mengelik button “Hantar”. Satu email akan dihantar kepada anda untuk anda. Jangan lupa klik pada pengesahan email tersebut. Jika tidak pertanyaan anda tidak akan sampai kepada saya.

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

bajubatekmerah.JPG

Hari ini hari Khamis. Jadi kepada semua kakitangan awam, jangan lupa pakai baju batik pada hari ini.

Akbar utusan semalam memaklumkan, Semua kakitangan awam diwajibkan memakai baju batik pada setiap Khamis mulai minggu ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Berikut adalah berita penuh yang saya cut&paste dari utusan online

Wajib pakai baju batik setiap Khamis

PUTRAJAYA 15 Jan. – Semua kakitangan awam diwajibkan memakai baju batik pada setiap Khamis mulai minggu ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan kakitangan awam ‘tidak lupa’ untuk berbaju batik kerana sebelum ini ia hanya dipakai dua kali sebulan.

Ini bermakna pemakaian baju batik di kalangan kakitangan kerajaan bukan lagi pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, baju batik akan dipakai empat kali sebulan.

“Kakitangan lelaki digalakkan memakai batik Malaysia,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan di sini hari ini.

Pekeliling mengenai arahan berbaju batik itu telah dikeluarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam.

Menurut Mohd. Sidek, pemakaian baju batik tidak dilakukan pada hari Jumaat kerana ramai kakitangan lelaki mahu memakai baju Melayu pada hari tersebut.

“Ini bukan arahan baru… kita cuma kembali pada sistem lama,” katanya.

Sebelum ini, pemakaian baju batik di kalangan kakitangan awam ialah pada hari Sabtu tetapi apabila hari bekerja sektor awam menjadi lima hari seminggu, ia ditukar kepada hari pertama dan ke-15 setiap bulan.

Sementara itu, JPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan arahan tersebut tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis-majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian lain

Sumber: utusan Online

Syukur saya ada 2 helai baju batik. Baru dua hari lepas pakai. Nampaknya kena tambah koleksi baju batik ler lepas ni.

Kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk membeli. Boleh membeli baju batik secara online di ebay.com.my. (Penafian: Saya tiada kena mengena dengan penjual baju batik tersebut)

Sekian, wasalam

Cikgu Farizal

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak dari lepas solat Isyak semalam sehingga ke Asar hari ini saya bertungkus lumus mencari theme yang terbaik untuk blog Cikgu Farizal Dot Com.

Akhirnya saya memilih theme Biru 2.0 yang dibina oleh anak melayu yang lebih dikenali sebagai Neutronics dari neutronics.syokz.org sebagai theme blog Cikgu Farizal Dot Com ini.

Setelah memilih theme tersebut, saya melakukan sedikit pengubahsuai bagi memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Untuk mendapatkan theme tersebut anda boleh memuat turunnya di http://neutronics.syokz.org/2008/01/05/biru-20-wordpress-theme-for-download/

Saya memilih hari ini 10 Januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429 sebagai tarikh pelancaran secara rasmi blog Cikgu Farizal Dot Com kerana pada hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Ma’al Hijrah 1429. Walaubagaimanapun domain cikgufarizal.com telah hampir setahun dibeli dan blog ini telah lebih sebulan dibina.

Tarikh keramat ini dipilih sebagai dorongan untuk saya melakukan penghijrahan minda dalam kerjaya saya sebagai cikgu.

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah sebagai sokongan kepada kerjaya saya sebagai cikgu dan ia akan dijadikan platform untuk saya berkongsi maklumat dan pengalaman sebagai guru dengan seluruh warga cyber khasnya guru-guru di Malaysia.

Blog ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan seperti kurikulu, ko-kurikulum dan seumpamanya.

Blog ini dapat dilayari dengan baik sekiranya anda menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Jika anda menggunakan internet explorer kuran dari versi 7.0 ia akan terdapat sedikit masalah. Masalah tersebut akan saya cuba baiki dari masa ke semasa.

Akhir sekali diharap kehadiran blog ini akan merancakkan lagi dunia blogger khasnya bagi blog yang berteraskan pendidikan.

Sekian wassalam.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Cikgu Farizal

Laman 1 dari 11

Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory Directory of Education/Research Blogs Bloggers Directory Blog Directory & Search engine

blogarama - the blog directory