Cita- Cita Saya Adalah Penoreh Getah, Cikgu!

Assalamualaikum & salam sejahtera…

ambition.jpg


Apakah cita-cita anda? Mengapakah anda memilih cita-cita tersebut? Boleh dikatakan setiap insan yang waras mempunyai cita-cita. Mungkin untuk menjadi doktor, pensyarah atau cikgu :) apabila dewasa kelak. Cita-cita merupakan matlamat hidup seseorang. Tanpa cita-cita hidup seseorang itu sia-sia.

Pernahkan anda mendengar seseorang itu bercita-cita menjadi penoreh getah? Tukang kebun? Atau suri rumah tangga?

Sewaktu saya di tahun 1 pada tahun 1985. Saya pernah melihat kad 001 seorang rakan sekelas saya. Tertulis cita-citanya menjadi seorang penoreh getah! Pada waktu itu saya terfikir kenapa rakan tersebut nak ingin menjadi penoreh getah? Padahal pada waktu itu ramai yang bercita-cita menjadi doktor, askar, atau cikgu. Waktu saya disekolah rendah hingga tahun 5 itulah yang mengisi kad 001. Dan apabila naik ketahun 6 cita-cita cikgu bertukar menjadi pilot setelah membaca buku cerita bertajuk ‘Pilot Handalan’. Apabila di sekolah menengah cita-cita saya bertukar menjadi arkitek, saintis dan businessman.

Kenapa cita-cita kita berubah apabila umur kita berubah? Dan apa yang mempengaruhi cita-cita seseorang?

Sebenarnya dalam masyarakat kita, cita-cita lebih ditafsirkan sebagai pekerjaan. Bila besar nanti nak kerja apa?

Pengaruh yang paling besar dalam menentukan cita-cita seseorang adalah persekitaran terutama ibu bapa. Jadi tidak hairanlah jika seorang ayah doktor, anaknya pun ingin menjadi doktor. Itu mungkin sebab mengapa rakan saya tadi memilih untuk menjadi penoreh getah kerana kedua-dua orang tuanya adalah penoreh getah.

Selain faktor persekitaran, pengetahuan juga mempengaruhi cita-cita seseorang. Sewaktu di sekolah rendah, saya hanya tahu cikgu, doktor, askar dan polis merupakan pekerjaan yang bergaji besar. Oleh kerana dilahirkan dalam keluarga miskin, saya bercita-cita untuk menjadi orang kaya dan saya memilih untuk menjadi cikgu, askar atau doktor. Pada waktu itu cita-cita saya adalah disebabkan oleh faktor kemiskinan keluarga.

Tetapi apabila di sekolah menengah, Cikgu Sabri, kauselor sekolah, sering memberi ceramah mengenai kerjaya dan masa depan menyebabkan saya mula terfikir mengenai cita-cita saya. Oleh kerana saya amat meminati bidang sains dan matematik, jadi saya memilih untuk menjadi sainstis. Sewaktu saya di tingkatan 2 saya sudah mula mencari duit sendiri dengan membantu orang menjual kuih dan berniaga di kedai makan. Di sini minat saya untuk menjadi businessman mula berputik ditambah pula dengan minat dengan pengajaran Cikgu Ali bagi matapelajaran Kemahiran Hidup.

Jadi sebagai kesimpulanya, 2 faktor penting yang mempengaruhi cita-cita seseorang adalah ilmu dan persekitaranya. Jadi untuk memastikan anak kita mempunyai cita-cita yang baik, doronglah ia dengan ilmu dan pengaruh berkaitan dengan cita-cita tersevut.

Jika ingin anak menjadi seorang Perdana Menteri, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menanam cita-cita tersebut :)

Sekian, wassalam

Yang berkongsi

Cikgu Farizal

Siri Saintis Cilik- Buku Yang Lengkap Untuk Melahirkan generasi Saintis

Filed Under Buku Pilihan, Sains · Tagged: , , , ,  

sainstiscilik.jpg

Buku ini ditulis khas untuk Saintis Cilik seperti anak-anak anda. Ia menunjukkan cara-cara membina dan menyediakan sesebuah projek atau eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dari persekitaran. Anda dan anak anda juga akan mengetahui sejarah ringkas, prinsip-prinsip sains yang terlibat dan dakta-fakta menarik tentang projek yang dilakukan.

Buku ini dapat memenuhi kehendak guru-guru sains dan ibu bapa yang tercari-cari bahan bacaan berfaedah untuk saintis-saintis cilik di bawah jagaan anda. Ia boleh digunakan sebagai rujukan asas untuk demonstrasi dan eksperimen sains di sekolah atau kegiatan masa lapang dan hobi di rumah.

Setiap topik di dalam buku ini di susun secara “langkah demi langkah” agar mudah difahami dan diikuti oleh pembaca. Ia juga lengkap dengan gambar-gambar dan ilustrasi-ilustrasi yang menarik demi untuk meningkatkan kefahaman pembaca.

Semoga set ini dapat membantu anak-anak anda dan remaja melakukan aktiviti dan mempunyai hobi yang sihat, berfaedah dan menyeronokkan. Percayalah tidak ada yang lebih mengembirakan anda dan anak-anak daripada melihat hasil kejayaan “kerja tangan” sendiri.

Buku-Buku Yang Terkandung Dalam Siri Ini:

  • Buku 1: Radio Buku Benang
  • Buku 2: Motor Klip Kertas
  • Buku 3: Telegraf Kadbod
  • Buku 4: Pembesar Suara Cawan Kertas
  • Buku 5: Bateri Limau Nipis

Ciri-Ciri Buku:

  1. Disampaikan dalam dwi-bahasa: Bahasa Melayu & Inggeris
  2. Berkulit Keras
  3. Penuh Ilustrasi Bewarna-warni
  4. Didatangkan dengan kotak simpanan khas

Bagaimana Siri Ini Bermanafaat Buat Anak-Anak Anda:

  1. Membina pengetahuan asas sains yang mantap
  2. Mendapat motivasi daripada sejarah hidup saintis yang berjaya
  3. Mengembangkan daya kreatif minda anak-anak
  4. Menggalakkan anak-anak mencintai sains
  5. Mengenal peralatan sains
  6. Belajar prinsip asas sains
  7. Menanamkan persepsi bahawa sains itu mudah dan menyoronokkan
  8. Menarik anak perempuan menyukai bidang elektrik & elektronik yang lazimnya dimonopoli oleh anak lelaki
  9. Menerobos fobia yang mengatakan sains, elektrik dan elektronik itu susah
  10. Menafikan yang elektrik dan elektronik itu merbahaya kepada anak-anak
  11. Menguasai bahasa Inggeris
  12. Memupuk semangat mesra alam sekitar kepada anak-anak
  13. Mendidik anak-anak menghargai barang terbuang

Buku ini boleh didapati secara online di Adik Bijak Dot Com