Keputusan SPM dan STAM pada 12 Mac 2009, STPM 10 MAC 2009
Filed Under Blog, Keputusan Peperiksaan, Keratan Akhbar · Tagged: 2010, Keputusan, SPM, STAM, stpm

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.
Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.
Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.
Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.
Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.
Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.
Katanya, analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac jam 11.30 pagi di MPM.
Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. – Bernama.
Sumber: sifu2b.wordpress.com
Takwim Peperiksaan Tahun 2008-Update..
Filed Under Jadual Peperiksaan · Tagged: 2008, Peperiksaan, PMR, SPM, STAM, Takwin, Ulangkaji, UPSR
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Terima kasih kepada pengunjung yang sudi mengingatkan saya tentang Takwim Peperiksaan Tahun 2008. Sebenarnya terdapat perubahan yang saya terlupa untuk mengemaskinikannya.
Baiklah, disini saya masukkan takwin kemaskinian terkini

Takwim Peperiksaan Tahun 2008
Filed Under Jadual Peperiksaan · Tagged: Julai, MAP, Motivasi, Peperiksaan, PMR, SPM, STAM, UPSR
Assalamualikum & salam sejahtera….

Hari ini penat sedikit sebab aktivit ko-kurikulum, 2 mesyuarat dan lawatan dari unit ICT Jabatan Pelajaran Wilayah. Hari ini juga syarikat penyelenggaran turut datang untuk menyelenggara makmal komputer bagi PM4. Semua tu saya terlibat dengan secara langsung.
Oh lupa… Hari juga latihan intensif pasukan catur sekolah bermula. Jadi tiada apa yang saya dapat kongsikan.
Baiklah di sini saya sertakan Takwim Peperiksaan Tahun 2008 yang saya copy & paste dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesiapa yang mempunyai anak, adik atau abang sila catatkan tarikh penting ini. Kalau boleh minta cuti waktu ini bagi menemani anak mengambil peperiksaan. Seronok sungguh saya lihat ibubapa di sekolah saya berkampung setiap kali UPSR

Bagi yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini saya doakan semoga berjaya. Ingat mulakan belajar dari sekarang. Jangan tunggu dekat nak periksa baru nak mula. Kalau belum mempunyai panduan dapatkan buku-buku motivasi seperti Motivasi Alihan Pelajar atau hadirkan diri dalam program program motivasi dan persediaan peperiksaan.
Sekian wassalam
Cikgu Farizal




on
on 

