EURO 2008 - Apa Pasukan Pilihan Anda?
Filed Under bola sepak · Tagged: bola sepak, euro, euro 2008, Sukan
Assalamulaikum & salam sejahtera..

Ya.. semalam EURO 2008 telah bermula dengan menyaksikan Tuan Rumah Bersama (Switzerland) kecundang di tangan Republik Czech melalui jaringan tunggal pemain gantian Vaclav Sverkos.
Untuk EURO 2008 kali ini saya memilih Portugal sebagai juara. Dengan kehidiran Ronaldo dan Nani sudah pasti Portugal berada dalam posisi terbaik untuk menjadi juara ditambah pula dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Deco dan Nuno Gomez.
Oks. Apa pasukan pilihan anda?
p.s. Bola, bola juga, jangan sampai lewat pergi kerja
I’m Busy Now!
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini mensyuarat sukan tahun kali ke-18 kali pertama diadakan. Ini bermakna zon sibuk bagi tahun 2008 bermula. Zon ini hanya akan tamat apabila hari sukan berakhir pada 29 March 2008.
Sebelum tarikh itu segala yang dilakukan perlu pantas. Terlalu banyak yang perlu dilakukan.
Selain persiapan untuk hari sukan. Saya juga perlu menyediakan murid untuk kepertandingan catur peringkat zon. Mesyuarat pertama pertandingan catur akan diadakan pada 24 Januari 2008. Makna itulah tarikh pertama saya terpaksa tinggalkan kelas tahun ini
Walaubagaimanapun keutamaan terletak kepada tugas mengajar. Jadi walaupun saya akan sibuk dan sudah semestinya, maka sesuatu perlu dilakukan supaya ia tidak berlaku seperti tahun lepas. Tahun lepas saya dapat komplain dari ibubapa kerana kerap tak masuk kelas
Tahun ni insyaallah, walaupun saya tiada di sekolah anak tuan-tuan dan puan-puan tetap akan berlajar seperti biasa.
Itu sahaja untuk kali ini.
wassalam..
Cikgu Farizal






