Sifir - Kemahiran Asas Matematik Yang Wajib Dikuasai!
Filed Under Matematik, Sifir · Tagged: Bijak Sifir, Matematik, Sifir, Teknik Belajar, Teknik Berlajar Matematik
Assalamualaikum & salams sejahtera..

Sifir adalah singkatan bagi sifir darab merupakan satu kemahiran asas matematik yang wajib dikuasai.
Sebagai memenuhi permintaan pembaca setia blog ini, Aunty, tulisan saya pada kali ini adalah mengenai sifir dan bertapa pentingnya mengusai sifir.
Sifir memainkan peranan penting dalam matematik. Jika gagal mengusai sifir dengan baik, maka seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Dan juga jika tidak menguasai sifir makan kemahiran membahagi juga pasti gagal dikuasai.
Menyedari bertapa pentingnya kemahiran ini. Pelbagai teknik dicipta oleh guru-guru matematik bagi memastiknya murid-murid mereka mengingat sifir. Antaranya dengan pembentukan jadual sifir.
Ada juga yang menggunakan kaedah penulisan terbalik (saya tak tahu istilah yang digunakan). Sebagai contoh bagi sifir 9;
Langkah pertama tulis nombor 0 hingga 9;
[Read more]
Cemerlang Matematik II : Penyelesaian Masalah
Filed Under Matematik · Tagged: 4 langkah PÓlya's, Matematik, Penyelesaian Masalah, Teknik Belajar, Teknik Berlajar Matematik
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian Masalah.
Semakin tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi. Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“. Macam tak ada kaitan sahaja kata-kata Pakcik Spider-Man ni dengan penulisan saya
Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
- Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
- Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
- Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.
Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi 4 langkah PÓlya’s;
- Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
- Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
- Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
- Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
- Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
- Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
- Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.
Sekian sahaja..
Wassalam
Cikgu Farizal
Cemerlang Matematik I : Teknik Belajar Matematik
Filed Under Matematik · Tagged: Matematik, Teknik Belajar, Teknik Berlajar Matematik
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.
Perkara-perkara tersebut ialah;
- Teknik Belajar Matematik
- Penyelesaian Masalah
- Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
- Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik
Teknik Belajar Matematik - Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif
Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
- mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
- Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
- Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
- Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
- Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.
Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain
- Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
- Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.
Masa Belajar Matematik
Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.
Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.
Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik
Bersambung…..
Sekian wassalam
Cikgu Farizal






