Assalamualaikum & salam sejahtera..

tiru.jpg

Asyik-asyik peperiksaan. Awal-awal tahun dah tulis tentang peperiksaan. Huh… Mengerikan peperiksaan ini.

Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Betulkan Syia?. Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik (more…)