Sibuk Lagi?
Assalamualaikum & salam sejahtera…

Picture by common-sense.com
Terlebih dahulu sekali lagi saya minta maaf kerana tiada penulisan yang terbaru dari saya sejak kebelakang ini dan sekali lagi terpaksa memasukan hasil penulisan dari sumber-sumber lain untuk memeriahkan blog ini dan memberi peluang kepada anda untuk memberi pendapat di mana sumber yang diperolehi dari tempat yang menghalang anda dari memberi pendapat.
Ingatkan selepas Hari Sukan Sekolah, bolehlah saya mengajar seperti biasa. Tetapi ada beberapa perkara diluar jangkaan menyebab kesibukan melanda.
Selain sibuk mengejar silibus yang tertinggal akibat hari sukan ada beberapa perkara yang menyibukan saya lagi.
Peperiksaan Oh Peperiksaan
Minggu lepas, baru sahaja selesai peperiksaan dan minggu ini saya baru sahaja berjaya menyemak semua kertas sains untuk 99 orang murid. Syukurlah, peperiksaan untuk tahun 6 diadakan seminggu sebelum itu. Jadi selesailah sudah saya menanda kertas untuk62 orang murid untuk dua kertas matematik. Jika tidak lagi sibuklah minggu ini.
Kesibukan menanda kertas dan menyemak buku bukan lah suatu yang ganjil bagi seorang guru. Memang itu salah satu tugas.
Cuma lagi 2 minggu akan diadakan peperiksaan lagi
. Rasanya belum sempat untuk mengulangkaji dan membetulkan kelemahan murid dalam peperiksaan sebelum ini.
Tahun ini memang agak pelik. Terlalu banyak peperiksaan. Saya bimbang kalau-kalau murid bosan dengan peperiksaan dan menganggap ia sebagai nilai lagi.
Makmal Komputer
Saya belum pernah berkongsi dengan anda semua mengenai makmal komputer sekolah saya. Makmal komputer ini masih lagi menggunakan window 98
Sedihnya bila murid saya berkata “Ini tahun saya lahir, cikgu”.
Ini tahun pertama saya memegang makmal komputer dan tujuan utama guru besar meminta saya untuk meneraju makmal komputer agar ia kembali aktif. Dah lama tak aktif. Maka sibuklah saya memastikan semua PC dapat beroperasi dengan baik.
Ok itu sahaja. Tak sibuk sangat pun. Cuma masih belum mahir menguruskan masa:(
Wassalam




on
on 

