Hujung Minggu Yang Mengembirakan, Menyakitkan dan Menghiburkan… Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat!
Filed Under Aktiviti · Tagged: kemalangan kecil, kursus bestari, motorsikal, sakit, zoo negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hujung minggu kali ini peristiwa yang saya alami memberikan perasaan yang bercampur baur. Gembira, sedih, sakit dan terhibur….
Kursus Guru Bestari….
Pada hari jumaat yang lepas, Kursus Guru Bestari Bagi Kohot 1 2009 berlabuh tirai dengan jayanya. Alhamdullillah, semua 24 perserta kursus berjaya menamatkan kursus tanpa sebarang masalah. Kerjasama semua fasilitator juga amat membanggakan, tiada slot yang tiada pengisian. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Peserta-peserta, ajk yang terlibat, fasilitator dan juruteknik. Sebagai peserta yang diamanahkan sebagai Penghulu, saya amat gembira dan berpuasa hati dengan anda semua. Selamat Maju Jaya dan Teruskan Perjuangan… Sedih juga terpaksa berpisah dengan anda semua walaupun gembira menghabiskan kursus ini.
Kemalangan Kecil…
Petang Jumaat tersebut, setelah selesai semua urusan, saya pun pulang kerumah dari tempat urusan terakhir di Kota Damansara dengan menggunakan MRR2 dengan menunggang motorsikal.
Ketika memotong sebuat trelar 10 tayar yang sedang naik bukit, tiba-tiba tayar belakang motosikal saya pancit (tayar tubeless ni) dan saya tidak berani memberhentikanya dengan serta merta kerana bimbang akan terjatuh dan dilanggar oleh kenderaan dari belakang. Saya cuba berhenti perlahan-lahan. Walaubagaimana motorsikal saya terbabas juga dan saya terjatuh. Dapat ler sikit luka di lutut kanan dan calar di lutut kiri, betis dan dada. Keputusan x-ray menunjukan tiada apa-apa yang patah atau terseliuh. Alhamdulillah.
Motorsikal, mengalami kerosakan pada handle dan enjin. Setelah dibuka enjinnya tadi, rupa-rupa terdapat beberapa bahagian yang rosak akibat terjatuh. pertama kali dalam 10 tahun, enjin motor ini dibuka.
Dari diagnosis tayar. Didapati bayar paku kecil yang tercucuk pada tayar. Hu.. dari mana datangnya paku-paku ini?
Terima kasih kepada Yap dan Lau kerana sudi menghantar saya kerumah dengan lori secara percuma. Kalu tidak mahu 10 km saya perlu tolak motor.
Dan terima kasih kepada Saiful kerana cuba mengiktiarkan sesuatu untuk mengurangkan masalah saya.
Dan terima kasih juga kepada seorang gadis melayu dan dua orang lelaki sikth yang saya tidak sempat bertanyakan nama, kerana sudi berhenti untuk membantu saya.
Jasa kalian semua amat saya hargai.
Sebenarnya hari jumaat tersebut merupakan hari yang penuh pengajaran buat saya. Dari pagi saya terlupa membawa dompet. Satu sen pun tiada dalam poket. Syukurlah, minyak motorsikal ngam-ngam jer sampai ke stesen minyak, selepas terpaksa dahulu sekolah untuk meminjam duit dari seorang kawan.
Ini semua gara-gara tidak tidur malam.
Melawat Zoo Negara

Hari ini berjaya juga saya memenuhi permintaan anak sulong saya untuk melihat zirafah. Dah sebulan dia asyik bertanya, zirafah tu macam mana?
Dan untuk pengetahuan kalian, pada umur saya yang masuk 30 tahun 363 hari, ini kali pertama saya menjejak kaki ke Zoo Negara walaupun sudah hampir 4 tahun saya tinggal tidak sampai 7 km dari Zoo Negara.
Walaupun lutut dan bahu saya sakit, saya gembira kerana melihat anaka saya gembira dapat melihat zirafah. Dan buat pertama kalinya saya dapat ke Zoo Negara. (pss.. saya pun first time dapat tengok, ziraffah secara live
)
Ok itu sahaja, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sepadan.




on
on 

