Nota Pengajian Am S1 - Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

Pengajian Am S1 – Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

Berikutya nota ringkas dan contoh soalan bagi Pengajian Am semester 1, topik 1 – Konsep dan Ciri Negara Berdaulat.

Nota Topik 1: Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

Negara merupakan suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. Suatu negara mempunyai unsur-unsur seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain.

Negara yang berdaulat

Negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan mengadakan hubungan dengan negara – negara lain.

Kerajaan

– Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi – fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.
– Merangkumi membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar negara tersebut.

Peranan kerajaan

– Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan kesejahteraan warga negara
– Menyediakan Kemudahan Ekonomi
– Memastikan Keamanan dan Ketenteraman
– Menstabilkan Persaingan
– Perlindungan Alam Sekitar
– Penyediaan Keperluan Asasi
– Memastikan kestabilan ekonomi

Sistem Kerajaan

i) Kesatuan
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.

ii) Persekutuan
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Pembentukan Malaysia

Kemerdekaan tanah melayu
– Tunku Abdul Rahman telah membentuk parti perikatan.
– Perpaduan antara 3 kaum menghasilkan Perjanjian London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya merdeka Tanah Melayu pada 31 ogos 1957

Penubuhan Malaysia

– Pembentukan persekutuan dirangka pada 1 Jun 1963.
– Beberapa isu bantahan Indonesia dan Filipina melambatkan pengisytiharansehingga 16 September 1963.
– Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatauan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
– Singapura berpisah dengan Malaysia pada tahun 1956.

Sebab Pembentukan Malaysia

– Keselamatan
– Mengimbangi penduduk
– Kemajuan ekonomi bersama
– Mempercepat proses kemerdekaan

Proses Pembentukan Malaysia

– Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia.
– Satu memorandum telah disususn semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.

Penentangan Gagasan Malaysia

–  Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Abu. Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
– Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia dan bersetuju meminta PBB meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
– Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggai mengakuinya.


Contoh Soalan Bahagian B

Nyatakan 3 ciri negara.

–  Mempunyai penduduk yang mendiami sesuatu wilayah secara tetap
–  Mempunyai sempadan yang jelas
–  Mempunyai kerajaan yang sistematik dan teratur

Huraikan 2 ciri negara berdaulat.

–  Berwibawa iaitu diiktiraf oleh negara lain dan mempunyai hubungan dengan luar negara
–  Merdeka iaitu tidak dijajah oleh kuasa asing atau negara luar
–  Beridentiti iaitu mempunyai ideologi sendiri dalam mencorak politik dan sosial negara
–  Berkuasa sendiri iaitu berkeupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing

Nyatakan 4 fungsi kerajaan.

–  Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan dan kesejahteraan warganegara
–  Menyediakan kemudahan ekonomi
–  Menyediakan pelbagai perkhidmatan
–  Memastikan keamanan dan ketenteraman
–  Memastikan kestabilan persaingan
–  Melindungi alam sekitar
–  Menyediakan keperluan asasi
–  Memastikan kestabilan ekonomi

Nyatakan empat fungsi kerajaan dalam mentadbir negara.

–  Menguatkuasa undang-undang
–  Merancang,melaksana, menilai dan menyelaras pentadbiran negara.
–  Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
–  Merancang dan melaksanakan program-program bagi kesejahteraan hidup rakyat

Nyatakan 4 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.

–  Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan.
–  Negara baru yang dibentuk akan dinamakan Malaysia.
–  Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa untuk penentuan dasar imigresennya.
–  Perlembagaa baru Malaysia hendaklah berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu.

Nyatakan 3 ciri negara demokrasi berparlimen.

–  Kerajaan atau pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
–  Parti politik yang menang majoriti dalam pilihan raya berhak membentuk kerajaan.
–  Rakyat mempunyai perwakilan di Parlimen melalui wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali.

Huraikan 2 perbezaan antara sistem Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kesatuan.

– Kerajaan Persekutuan wujudnya pembahagian kuasa antara gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.

– Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak manakala Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Apakah maksud doktrin pengasingan kuasa?

Pengasingan / pemisahan kuasa di antara badan pemerintah iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman

Berikan 3 kebaikan Doktrin Pengasingan Kuasa.

–  Mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara ketiga-tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman?
–  Mengelak berlakunya pemusatan kuasa oleh mana-mana badan kerajaan
–  Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan-badan kerajaan yang lain.
– Melicinkan pengurusan dan pentadbiran negara

Terang 2 keadaan saling bergantungan antara ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman di Malaysia.

–  Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua bagi ketiga-tiga badan kerajaan
–  Perdana Menteri dan menteri menjalankan fungsi-fungsi eksekutif dan pada masa yang sama merupakan ahli parlimen yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *