Badan cergas, otak cerdas

Bentuk lain: Otak yang cerdas ada pada badan yang cergas

Maksud

Kesihatan fizikal yang baik akan menjamin kecerdasan minda.

Contoh Ayat

"Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan di sekolah kerana badan cergas, otak cerdas."

Contoh Karangan

Penglibatan remaja dalam aktiviti kokurikulum dan sukan amatlah digalakkan. Hal ini bukan sahaja dapat menghindari penyakit kronik, malah dapat meredakan tekanan belajar. Secara tidak langsung, prestasi akademik murid akan meningkat bersesuaian dengan slogan badan cergas, otak cerdas.