Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Bentuk lain: Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud
Terlalu banyak pada sesuatu masa (biasanya merujuk kepada sesuatu yang baru dan berkembang pesat).
Contoh Ayat
"Pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di bandar itu memberikan banyak pilihan kepada pelajar."
Contoh Karangan
Marcapada, perkembangan teknologi maklumat dan media sosial tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Walaupun fenomena ini membawa anjakan paradigma dalam sistem komunikasi, golongan remaja wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi ini dengan bijak agar tidak terjerumus ke dalam kancah siber yang negatif.