Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu

Bentuk lain: Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya

Maksud

Hasil usaha bercucuk tanam pasti akan memberikan pulangan yang menguntungkan.

Contoh Ayat

"Pak Kasim kini hidup senang berkat ketekunannya mengusahakan kebun sayur kerana dia percaya jika berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu."

Contoh Karangan

Sektor pertanian merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan penjamin sekuriti makanan. Masyarakat khususnya golongan belia diseru agar menceburkan diri dalam bidang agrikultur. Usaha ini bukan sahaja menjana pendapatan lumayan, malah membuktikan bahawa berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.