Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Bentuk lain: Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud

Dua orang atau pihak yang sama taraf dalam serba-serbi.

Contoh Ayat

"Kejayaan atlet negara membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain."

Contoh Karangan

Pemimpin negara giat merangka pelbagai strategi ekonomi yang holistik. Hal ini penting supaya negara kita tidak ketinggalan, sebaliknya mampu bersaing dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di persada antarabangsa.