Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
Maksud
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah meninggal dunia.
Contoh Ayat
"Jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan sentiasa diingati rakyat Malaysia kerana hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga."
Contoh Karangan
Sambutan Bulan Kemerdekaan saban tahun diadakan bagi menzahirkan rasa cinta akan negara. Selain itu, penganjuran program ini merupakan medium terbaik untuk menghargai titik peluh pejuang terdahulu yang berkorban demi pertiwi, seiring dengan kata orang tua-tua, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.