Jauh perjalanan, luas pemandangan
Bentuk lain: Jauh berjalan, luas pemandangan
Maksud
Jika kita banyak merantau atau melancong, banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh.
Contoh Ayat
"Azman sangat suka melancong ke luar negara kerana baginya, jauh perjalanan, luas pemandangan."
Contoh Karangan
Industri pelancongan bukan sahaja menjana ekonomi negara, malah membuka peluang kepada rakyat untuk mengenali budaya asing. Konklusinya, aktiviti melancong amat bermanfaat kerana jauh perjalanan, luas pemandangan, yang secara tidak langsung dapat mematangkan fikiran dan meluaskan horizon minda seseorang.