Membaca jambatan ilmu
Maksud
Membaca adalah jalan atau cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat
"Cikgu Ahmad sentiasa menggalakkan anak muridnya berkunjung ke perpustakaan kerana membaca jambatan ilmu."
Contoh Karangan
Budaya membaca kian terpinggir dalam kalangan remaja yang terlalu taksub dengan gajet. Senario ini amatlah merugikan kerana amalan ini mampu mematangkan pemikiran serta meluaskan horizon minda seseorang, selaras dengan slogan membaca jambatan ilmu.