Mencurah air ke daun keladi
Maksud
Usaha menasihati atau memberi amaran kepada orang yang degil adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana langsung tidak diendahkan.
Contoh Ayat
"Segala teguran dan peringatan yang diberikan kepada Farouk tentang tabiat judi itu tidak lebih daripada mencurah air ke daun keladi kerana dia terus berulang alik ke pusat perjudian tanpa rasa insaf."
Contoh Karangan
Lebih mendukacitakan, insiden kemalangan ngeri yang berpunca daripada tabiat pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah seolah-olah tidak pernah bernoktah di media dada akhbar harian. Walaupun pihak polis berulang kali menjatuhkan hukuman penjara dan menarik balik lesen memandu pesalah trafik, namun tindakan penguatkuasaan sebegini kadangkala bagaikan mencurah air ke daun keladi. Ketiadaan rasa belas kasihan terhadap pengguna jalan raya yang lain dan sikap terlalu keras kepala menyebabkan mereka terus mementingkan hiburan murahan, sekaligus menjadi ejen pembunuh bersiri tidak terancang yang mengerikan di jalan raya secara senyap.