Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud
Kesalahan yang dilakukan oleh seorang individu menyebabkan rakan-rakannya yang tidak bersalah turut dituduh atau dipersalahkan.
Contoh Ayat
"Apabila seorang pelajar dalam kumpulan itu didapati meniru dalam peperiksaan, kesemua ahli kumpulan turut disyaki terlibat, seolah-olah seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit."
Contoh Karangan
Bukan itu sahaja, isu pecah amanah dan rasuah yang dilaporkan di dalam sektor perkhidmatan awam turut mencetuskan kegusaran dalam hati rakyat jelata. Apabila terdapat kes pegawai atasan ditahan oleh pihak berkuasa, keyakinan masyarakat terhadap agensi kerajaan tersebut akan terhakis dengan serta-merta. Bak kata pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Kakitangan awam yang lain, yang bertugas dengan penuh dedikasi dan jujur siang dan malam, turut menjadi mangsa cemuhan netizen akibat perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang terlalu rakus mengejar kekayaan duniawi.