Sekali air bah, sekali pasir berubah

Maksud

Setiap kali berlakunya pertukaran pemimpin atau tampuk pemerintahan, maka akan berubahlah sistem, peraturan dan cara pentadbiran yang terpaksa diikuti oleh rakyat.

Contoh Ayat

"Pertukaran Pengetua di sekolah kami membawa kepada pemansuhan beberapa peraturan lama dan pengenalan sistem baharu membuktikan bahawa sekali air bah, sekali pasir berubah."

Contoh Karangan

Transformasi sistem pendidikan negara sering berlaku seiring dengan pertukaran kabinet kementerian. Peralihan silibus daripada KBSM kepada KSSM dan pemansuhan peperiksaan awam UPSR dan PT3 membuktikan hakikat sekali air bah, sekali pasir berubah. Perubahan drastik ini memerlukan guru dan pelajar untuk lebih proaktif mendalami teknologi pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Keluwesan dalam mendepani anjakan paradigma ini amat penting bagi memastikan mutu pendidikan negara bertaraf dunia.