Seperti bangsi buluh perindu

Bentuk lain: Bagai buluh perindu

Maksud

Kemerduan suara seseorang yang sangat mengasyikkan, lemah lembut dan mampu mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Contoh Ayat

"Semua penonton terpegun mendengar kelunakan suara penyanyi legenda itu mendendangkan lagu tradisional yang merdu seperti bangsi buluh perindu."

Contoh Karangan

Khazanah seni muzik tradisional seperti Mak Yong dan Dikir Barat kian dilupakan oleh generasi Y. Namun, apabila alunan alat muzik tradisional bergabung dengan kemerduan suara penyanyi asalnya yang seperti bangsi buluh perindu, ia mampu memukau jiwa sesiapa sahaja. Usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mementaskan seni ini wajar disokong. Penghayatan terhadap kesenian warisan ini penting supaya akar umbi budaya bangsa tidak luput ditelan peredaran zaman moden.