Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bentuk lain: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna
Maksud
Fikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
Contoh Ayat
"Kita mestilah memelihara keindahan alam sekitar sebelum berlakunya bencana alam kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."
Contoh Karangan
Pencemaran alam sekitar yang semakin kritikal akan mengundang pelbagai bencana seperti banjir kilat dan pemanasan global. Oleh itu, masyarakat haruslah cakna dan memelihara ekosistem alam sebelum nasi menjadi bubur. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.