Sudah terhantuk baru tengadah
Bentuk lain: Terhantuk baru tengadah
Maksud
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
Contoh Ayat
"Sikap segelintir pemandu yang mula memandu secara berhati-hati selepas terlibat dalam kemalangan ibarat sudah terhantuk baru tengadah."
Contoh Karangan
Kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat amat membimbangkan. Pengguna jalan raya sewajarnya mematuhi undang-undang dan tidak memandu secara semberono. Janganlah bersikap sudah terhantuk baru tengadah kerana penyesalan di kemudian hari tidak membawa sebarang erti.