Ukur mata dengan telinga

Maksud

Membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan berdasarkan apa yang dilihat dan didengar dengan teliti sebelum bertindak.

Contoh Ayat

"Sebelum menerima tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan itu, ayah membuat kaji selidik terlebih dahulu kerana beliau sentiasa mengukur mata dengan telinga."

Contoh Karangan

Marcapada, ancaman jenayah siber seperti sindiket penipuan atau 'scammer' semakin berleluasa. Sikap segelintir masyarakat yang gelojoh melaburkan wang tanpa usul periksa sering membawa padah. Seyogianya, kita perlu mengukur mata dengan telinga dengan menyelidik latar belakang sesebuah syarikat sebelum membuat sebarang transaksi atas talian. Kesedaran dan kewaspadaan ini mampu menyelamatkan wang hasil titik peluh kita daripada lebur begitu sahaja di tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Peribahasa Sama Maksud (Sinonim)