Kategori: Patriotisme dan Negara
Koleksi peribahasa Melayu di bawah kategori Patriotisme dan Negara.
Patah tumbuh hilang berganti
Sesuatu kedudukan, barangan atau pemimpin yang hilang atau meninggal dunia, pasti akan ada pengganti yang baharu untuk meneruskan legasi tersebut.
Zaman Tuk Nadur berkajang kain
Merujuk kepada satu era, sejarah atau kejadian yang sudah berlalu dan berlaku pada zaman yang sangat silam.
Sekali air bah, sekali pasir berubah
Setiap kali berlakunya pertukaran pemimpin atau tampuk pemerintahan, maka akan berubahlah sistem, peraturan dan cara pentadbiran yang terpaksa diikuti oleh rakyat.
Naik tangga dari bawah
Peribahasa ini bermaksud Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
Bagai menatang minyak yang penuh
Menjaga atau melayan seseorang dengan sangat berhati-hati dan penuh kasih sayang, seolah-olah takut berlaku apa-apa yang menjejaskan keselamatannya.
Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Kejayaan tidak datang dengan mudah; seseorang perlu berusaha, berkorban dan berani menghadapi kesukaran untuk memperoleh hasil yang diinginkan.
Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih
Jika benar-benar mahu melakukan sesuatu, banyak cara boleh dicari; tetapi jika tidak mahu, pelbagai alasan akan dicipta.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita menjadi kuat dan sukar digugat; namun jika berpecah-belah, kita menjadi lemah dan mudah tewas.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Kita perlu sanggup bersusah payah dan berusaha dengan tekun pada peringkat awal untuk mencapai kesenangan atau kejayaan pada akhirnya; kejayaan biasanya datang selepas melalui ujian dan pengorbanan.
Tua muda seia sekata
Semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, pangkat atau latar belakang bersatu hati dan sependapat dalam membuat keputusan serta melaksanakan tindakan demi kepentingan bersama.
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah
Pemimpin yang adil dan amanah akan dihormati serta disanjung rakyat, manakala pemimpin yang zalim patut ditegur dan ditentang kerana menindas serta menyalahgunakan kuasa.
Biar putih tulang, jangan putih mata
Sentiasa bersedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan harga diri negara, kerana lebih baik berjuang habis-habisan daripada tunduk atau kecewa melihat maruah terjejas.
Pantang anak Melayu hilang di dunia
Orang Melayu tidak mudah mengalah atau berputus asa; berani mempertahankan maruah dan berusaha sedaya upaya demi mencapai tujuan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika seseorang benar-benar berazam dan bersungguh-sungguh, pasti ada cara atau penyelesaian untuk mencapai matlamatnya.